Innalillahiwainnailaihirajiun, Khabar Duka Dari Pelakon Terkenal Ashraf Muslim Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)

__________________ Bapa Ashraf Muslim meninggal dunia akibat Covid-19 Ashraf (kiri) bersama bapanya, Muslim yang meninggal dunia hari ini. Bapa Ashraf Muslim meninggal dunia akibat Covid-19 __________________ PETALING JAYA – Selepas lapan hari bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19 tahap lima, bapa kepada pelakon Ashraf Muslim, Muslim Bulat, 67, meninggal dunia pada pukul 6.37 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Berita duka tersebut diumumkan Ashraf menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi. “Assalamualaikum semua, hari ini hari yang paling sedih. Ayah sudah meninggalkan kami dalam keadaan baik dan tenang. “Mungkin itu yang terbaik untuk dia sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami,” tulis Ashraf. Sebagai anak sulung daripada tujuh adik-beradik, Ashraf atau nama sebenarnya Muhd. Ashraf Muslim, 40, mewakili keluarganya memohon kemaafan bagi pihak arwah bapanya andai terdapat kesilapan yang dilakukan ketika hayatnya. “Saya sebagai anak sulung ing...